SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN KAKITANGAN PERKESO

Thursday 21 November 2013

SIRI JELAJAH PEJABAT: PEJABAT PERKESO MUAR

SIRI JELAJAH PEJABAT
KESATUAN KAKITANGAN PERKESO
SESI 2012 - 2014
 
TARIKH: 21 NOVEMBER 2013
 


Tuesday 19 November 2013

SIRI JELAJAH PEJABAT: PEJABAT PERKESO KLUANG

SIRI JELAJAH PEJABAT
KESATUAN KAKITANGAN PERKESO
SESI 2012 - 2014
 
TARIKH 19 NOVEMBER 2013 @ 2.30 PETANG.
 



Terima kasih kepada semua anggota dan ahli Kesatuan Pejabat PERKESO Kluang atas kerjasama dan komitmen anda semua sepanjang Presiden dan AMJK berada disana.


SIRI JELAJAH PEJABAT: PEJABAT PERKESO NEGERI JOHOR

SIRI JELAJAH PEJABAT
KESATUAN KAKITANGAN PERKESO
SESI 2012 - 2014
 
TARIKH: 19 NOVEMBER 2013 @ 9.30 pagi.
 
Lawatan Presiden dan AMJK ke Pejabat PERKESO dalam Siri Jelajah Pejabat seterusnya bertandang ke Pejabat PERKESO Negeri Johor.
 





Terima kasih kepada semua anggota terutama ahli kesatuan atas sambutan yang diberikan semasa Siri Jelajah Pejabat, Kesatuan Kakitangan PERKESO ini.
 

Monday 18 November 2013

SIRI JELAJAH PEJABAT: PEJABAT PERKESO BATU PAHAT

SIRI JELAJAH PEJABAT
KESATUAN KAKITANGAN PERKESO
SESI 2012 - 2014

Tarikh: 18 November 2014 @ 2.30 petang.
 
Selepas selesai sesi pagi di Pejabat PERKESO Segamat, Presiden dan AMJK seterusnya bergerak ke Pejabat PERKESO Batu Pahat.
 




 
Terima Kasih kepada semua ahli, Pengurus dan anggota Pejabat PERKESO Batu Pahat.


SIRI JELAJAH PEJABAT: PEJABAT PERKESO SEGAMAT

PROGRAM JELAJAH PEJABAT
KESATUAN KAKITANGAN PERKESO
SESI 2012 - 2014

Tarikh: 18 November 2014 @ 9.00 pagi.
 
Pejabat PERKESO Segamat, Johor telah menjadi destinasi pertama bagi siri jelajah pejabat.
 
 
 


Terima Kasih Kepada Semua Anggota Pejabat PERKESO Segamat.


Tuesday 22 October 2013

SEMINAR ANJURAN BADAN BERKANUN SARAAN SENDIRI.

Port Dickson, Negeri Sembilan - Seramai 110 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan dari 7 Agensi Saraan Sendiri telah menghadiri Seminar bertempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson pada 20 hingga 21 Oktober 2013.



Seminar turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS selaku Dif Kehormat bagi seminar pada kali ini.

Seminar sebegini akan diteruskan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan ikatan ukhwah di kalangan Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan dari semua 7 Agensi terbabit secara khusus dan seluruh anggota di semua organisasi ini.
 



Tahniah kepada IROU selaku tuan rumah bagi sesi Seminar Anjuran Badan Berkanun Saraan Sendiri kali Pertama ini.

Friday 4 October 2013

Sekitar Program memupuk Keharmonian 2013, Langkawi Seaview Hotel
27 hingga 30 September 2013.

Kesatuan amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan PERKESO kerana telah mengadakan satu platform khusus untuk anggota melontar dan menyuarakan pandangan, idea dan pendapat demi kepentingan organisasi.

Tahniah juga kepada semua wakil-wakil yang hadir dan memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program pada kali ini.










Monday 29 July 2013

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum

Presiden dan seluruh AMJK Kesatuan kakitangan PERKESO
mengucapkan Selamat Berpuasa.



dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.

Friday 10 May 2013

Kesatuan Menerima Anugerah.

ANUGERAH KESATUAN CEMERLANG 2013

Satu penganugerahan oleh CUEPACS sempena Sambutan Hari Pekerja 2013 yang diadakan di StadiumTertutup Nilai pada 1 Mei 2013 yang lalu. Dalam majlis tersebut, Kesatuan Kakitangan PERKESO telah dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Cemerlang 2013.

Barisan Penerima Anugerah Sempena Sambutan hari Pekerja CUEPACS 2013 

Presiden Dan Setiausaha Bersama Sijil Dan Trofi Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2013

Ini merupakan satu penghargaan tertinggi kepada Presiden dan Barisan AMJK bagi sesi 2012-2014 ini. Setelah ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu, Kesatuan yang diterajui oleh Sdra. Tuan Azman Bin Tuan Yaacob ini telah mengorak satu langkah ke hadapan dan semakin melonjak naik bersama-sama dengan kesatuan sekerja yang lain.

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS turut dihadiri dan disokong penuh oleh ahli-ahli Kesatuan dari Pejabat PERKESO Seremban.


Ahli-ahli Kesatuan dari segenap pelusuk semenanjung malaysia pasti merasa bangga atas kejayaan dan pencapaian tertinggi yang diterima oleh Kesatuan Kakitangan PERKESO ini.

Ibarat kata pepatah
 "Tinggi Pucuk Kerana Dahannya, Kuat Pokok Kerana Akarnya"

begitulah diibaratkan Kesatuan Kakitangan PERKESO dan hubungkait antara Barisan Kepimpinan dan ahli-ahlinya semua.