SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN KAKITANGAN PERKESO

Tuesday, 22 October 2013

SEMINAR ANJURAN BADAN BERKANUN SARAAN SENDIRI.

Port Dickson, Negeri Sembilan - Seramai 110 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan dari 7 Agensi Saraan Sendiri telah menghadiri Seminar bertempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson pada 20 hingga 21 Oktober 2013.



Seminar turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS selaku Dif Kehormat bagi seminar pada kali ini.

Seminar sebegini akan diteruskan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan ikatan ukhwah di kalangan Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan dari semua 7 Agensi terbabit secara khusus dan seluruh anggota di semua organisasi ini.
 



Tahniah kepada IROU selaku tuan rumah bagi sesi Seminar Anjuran Badan Berkanun Saraan Sendiri kali Pertama ini.

Friday, 4 October 2013

Sekitar Program memupuk Keharmonian 2013, Langkawi Seaview Hotel
27 hingga 30 September 2013.

Kesatuan amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan PERKESO kerana telah mengadakan satu platform khusus untuk anggota melontar dan menyuarakan pandangan, idea dan pendapat demi kepentingan organisasi.

Tahniah juga kepada semua wakil-wakil yang hadir dan memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program pada kali ini.










Monday, 29 July 2013

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum

Presiden dan seluruh AMJK Kesatuan kakitangan PERKESO
mengucapkan Selamat Berpuasa.



dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.

Friday, 10 May 2013

Kesatuan Menerima Anugerah.

ANUGERAH KESATUAN CEMERLANG 2013

Satu penganugerahan oleh CUEPACS sempena Sambutan Hari Pekerja 2013 yang diadakan di StadiumTertutup Nilai pada 1 Mei 2013 yang lalu. Dalam majlis tersebut, Kesatuan Kakitangan PERKESO telah dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Cemerlang 2013.

Barisan Penerima Anugerah Sempena Sambutan hari Pekerja CUEPACS 2013 

Presiden Dan Setiausaha Bersama Sijil Dan Trofi Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2013

Ini merupakan satu penghargaan tertinggi kepada Presiden dan Barisan AMJK bagi sesi 2012-2014 ini. Setelah ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu, Kesatuan yang diterajui oleh Sdra. Tuan Azman Bin Tuan Yaacob ini telah mengorak satu langkah ke hadapan dan semakin melonjak naik bersama-sama dengan kesatuan sekerja yang lain.

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS turut dihadiri dan disokong penuh oleh ahli-ahli Kesatuan dari Pejabat PERKESO Seremban.


Ahli-ahli Kesatuan dari segenap pelusuk semenanjung malaysia pasti merasa bangga atas kejayaan dan pencapaian tertinggi yang diterima oleh Kesatuan Kakitangan PERKESO ini.

Ibarat kata pepatah
 "Tinggi Pucuk Kerana Dahannya, Kuat Pokok Kerana Akarnya"

begitulah diibaratkan Kesatuan Kakitangan PERKESO dan hubungkait antara Barisan Kepimpinan dan ahli-ahlinya semua.